- INSTUN berusaha untuk menjadi lebih kompeten, progresif dan berpandangan jauh – sentiasa bersedia menyampaikan perkhidmatan kepada para pemegang taruh (stakeholder) kami
- Kami adalah organisasi yang dipercayai, menegakkan integriti dan akauntabiliti yang menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan penuh hormat, empati dan ikhlas
- INSTUN menghargai dan mendorong semangat kerja berpasukan serta meraikan kejayaan pasukan dan individu dimana warga kerja INSTUN diperkasa untuk menyampaikan perkhidmatan dan menyumbang tenaga
- Kami adalah rakan strategik yang baik yang bekerjasama dengan institusi pembelajaran lain dan komited terhadap tahap profesionalisme dan kod etika yang tinggi