Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) ditubuhkan pada 1 Mei 1998, berikutan arahan daripada Jemaah Menteri pada 9 Julai 1997.
Ketika itu, INSTUN terletak di bawah Pengurusan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK). Dengan tertubuhnya institut ini, maka tugas melatih yang dahulunya dijalankan oleh Seksyen Latihan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dikendalikan sepenuhnya oleh INSTUN.
Pada tahun 2004, INSTUN diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Mulai tahun 2020, kini INSTUN bernaung di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). INSTUN merupakan satu-satunya institusi latihan tunggal di Malaysia yang telah diberi mandat serta tanggungjawab untuk melatih kakitangan yang terlibat dalam urusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan.