• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

Perkhidmatan MyID

BILNAMA PERKHIDMATANPENGGUNA PERKHIDMATANSALURAN PERKHIDMATANPEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
1.eSTKPenjawat AwamOnline

Pn. Rohani Binti Hassan (Penyelaras Program)
Emel: rohani[at]instun[dot]gov[dot]my

05-45428252

Pn. Nor Adila binti Rahmad (Penolong Ketua Program Kanan)
Emel: adila[at]instun[dot]gov[dot]my

05-45428252

 

Pn. Aminah Binti Anwar (Penyelaras Program)
Emel:aminahanwar[at]instun[dot]gov[dot]my
05-45428252

2.eSPEKPenjawat AwamOnline
3.eSEMAKPenjawat AwamOnline

MYKAD adalah dokumen pengenalan diri bagi seseorang warga negara Malaysia. Nombor MyKad adalah nombor pengenalan diri yang unik bagi seseorang warga negara dan menjadi maklumat penting yang akan diperoleh dan disimpan oleh agensi kerajaan apabila seseorang warga negara sebagai individu berurusan dengan agensi kerajaan.

Namun begitu, pada masa kini, masih ada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan berkaitan dengan individu menggunakan nombor rujukan lain selain nombor MyKad. Contohnya bila berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), individu mesti memberikan nombor rujukan masing-masing.

Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan selaras dengan konsep ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai MyID.

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk memudahkan warganegara Malaysia sebagai individu semasa berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan.

pic_myid

MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warga negara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi-agensi kerajaan.

MyID amat penting kerana ia hanya menggunakan satu nombor bagi seseorang warga negara untuk berurusan secara individu dengan pelbagai agensi kerajaan. Ini membolehkan urusan dengan agensi kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat.

Semua agensi kerajaan dikehendaki melaksanakan MyID. Sehubungan itu agensi kerajaan dikehendaki mengambil tindakan segera ke arah melaksanakan inisiatif MyID bagi semua perkhidmatan yang membabitkan warga negara sebagai individu.

Tidak semua perkhidmatan termasuk dalam inisiatif ini. Ia hanya bagi perkhidmatan yang membabitkan warga negara sebagai individu dan perkhidmatan pada masa kini mempunyai nombor rujukan tertentu yang digunakan apabila rakyat menyemak status permohonan dan sebagainya.

Pelaksanaan MyID tidak terpakai bagi perkhidmatan yang tidak menjana nombor rujukan, contohnya, pemberian borang permohonan dan sebagainya.

Maksud ‘warga negara Malaysia berurusan sebagai individu dengan agensi kerajaan’ adalah warga negara yang berurusan dengan kerajaan sebagai orang perseorangan dan bukan atas nama syarikat.

Pelaksanaan MyID adalah khusus kepada individu warga negara Malaysia saja. Bagaimanapun, jika perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi membabitkan warganegara asing sebagai individu, maka agensi boleh dan digalakkan menggunakan nombor pengenalan diri individu terbabit sebagai nombor rujukan seperti nombor pasport dan sebagainya.

Matlamat sebenar MyID adalah untuk memudahkan warga negara berurusan dengan agensi kerajaan dengan tidak perlu mengingati pelbagai nombor. Hanya nombor MyKad digunakan apabila warga negara berurusan dengan kerajaan.

Namun begitu, bagi sesetengah perkhidmatan yang memerlukan tahap keselamatan, agensi boleh membuat pengesahan identiti individu berkenaan sebagai semakan peringkat kedua selepas MyID sebelum sesuatu maklumat atau semakan diberikan atau dibenarkan.

Untuk melaksanakan MyID, semua agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan berkaitan individu perlu memastikan semua saluran sedia ada bagi perkhidmatan berkenaan menyokong pelaksanaan MyID. Sebagai contoh bagi memastikan pelaksanaan MyID dilaksanakan dengan efektif, agensi perlu mengambil perhatian perkara berikut:

  • Memastikan pegawai yang berurusan dengan orang awam hanya meminta nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila warga negara Malaysia berurusan di kaunter atau melalui telefon;
  • Memastikan hanya nombor MyKad perlu diisi oleh warganegara Malaysia dan bukan nombor rujukan lain dalam borang yang disediakan oleh agensi;
  • Menjadikan nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila warganegara Malaysia mengakses atau menjalankan carian dalam perkhidmatan online agensi dan kios;
  • Memastikan dokumen yang dikeluarkan untuk individu mempunyai nombor MyKad sebagai nombor rujukan; dan
  • Mengkaji dan memastikan proses kerja dan sistem ICT di agensi secara menyeluruh menyokong pelaksanaan MyID.

Buat masa ini pelaksanaan MyID hanya membabitkan perkhidmatan awam saja dan tidak membabitkan institusi bukan kerajaan seperti bank.

Bagi anggota tentera atau polis, sekiranya tidak memegang MyKad, mereka boleh menggunakan nombor kad kuasa polis atau tentera untuk berurusan dengan perkhidmatan yang sudah menggunakan MyID seperti di KWSP dan LHDN.

Sekiranya individu hanya membuat pertanyaan umum (contoh: syarat pengeluaran KWSP), soalan keselamatan tidak perlu diajukan. Bagi kes pertanyaan yang membabitkan maklumat sulit dan persendirian, soalan keselamatan yang terdiri daripada maklumat demografik individu seperti nama penuh, alamat tetap atau lokasi permohonan pengeluaran dibuat.

Sebarang maklumat, cadangan dan pertanyaan mengenai MyID boleh dikemukakan kepada pegawai yang bertanggungjawab seperti pada jadual.

Skip to content