Search
peta hubungi maklumbalas faq
Version
Muat Turun 342
File Size 5.40 MB
File Count 1
Create Date 16/02/2024
Last Updated 16/02/2024
Muat Turun
or download free
[free_download_btn]

Description

Sr Fazili Anuar Md Yusuf 

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Kata kunci: Isipadu, Kanun Tanah Negara, Pelupusan, Tapak Gua, Terrestrial Laser Scanning

 

ABSTRAK

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan khazanah semulajadi yang dipinjam dari generasi masa hadapan. Tapak-tapak gua merupakan salah satu daripada khazanah negara yang sangat bernilai. Bagi menjamin kelestarian ini pelbagai usaha kerajaan dalam memulihara warisan ini antaranya dengan mewartakan ianya sebagai tapak warisan negara. Bagi maksud penwartaan tapak-tapak gua, pengukuran bagi menentukan keluasan isipadu perlu dilakukan terlebih dahulu, namun begitu bagaimanakah cara penentuan isipadu dan luas gua diukur dan ini merupakan satu cabaran bagi menjadikan ianya satu kenyataan. Oleh itu, dalam kajian ini penggunaan alat pengimbasan digital 'Terrestrial Laser Scanning' (TLS) menjadi pendekatan bagi permasalahan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat menjadi salah satu penyelesaian masalah bagi mengenal pasti isipadu gua bagi maksud pelupusan tanah di bawah Kanun Tanah Negara. Bagi menjelaskan maksud tersebut, kertas kajian dijalankan dengan metodologi yang tersusun termasuklah perancangan sebelum, semasa dan pemprosesan bagi mendapatkan hasil pengukuran yang tepat dan jitu untuk luas dan isipadu gua. Hasil keputusan dan analisa yang telah dibuat mendapati ketepatan dan kejituan yang tinggi menjadikan TLS satu kaedah yang bakal merubah cara pengukuran konvensional kepada industri revolusi 4.0 (IR), ini dapat dijelaskan dengan kepentingan pelupusan gua di Malaysia dengan cara lesen pendudukan sementara (LPS) dibawah KTN.

[changelog]

Categories & Tags

Similar Downloads

No related download found!
Nurul Fazrin