- Version
- Muat Turun 34
- File Size 2.14 MB
- File Count 1
- Create Date 19/03/2025
- Last Updated 19/03/2025
Sr Hazida Hamzah
Bahagian Kadaster,
Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor,
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Sr Looi Kam Seng
Bahagian Kadaster,
Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor,
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Sr Prabagaran Supramaniam
Bahagian Kadaster,
Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor,
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Kata kunci: eKadaster, Pelarasan, Tanda Rujukan Kadaster, Pangkalan Data Ukur Kebangsaan, Pangkalan Data Ukur Kebangsaan, Pangkalan Data Kadaster Digital Nasional, Pembuktian Tanah dan Ralat Kuadrat Purata (RMSE)
Pangkalan Data Ukur Kadaster Kebangsaan yang dikenali sebagai National Digital Cadastral Database (NDCDB) dengan ketepatan +10cm bagi kawasan luar bandar dan +5cm bagi kawasan bandar telah dibangunkan sejak tahun 2010 [1]. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 7.8 juta lot tanah dengan 22 juta tanda sempadan dalam NDCDB yang meliputi keluasan 132,183 km2 di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Sejak sistem eKadaster diperkenalkan, pelarasan NDCDB telah dilaksanakan secara berterusan sehingga kini dan nilai-nilai ukuran NDCDB dijadikan sebagai kriterian pelarasan kepada ukuran-ukuran baharu. Kajian ini dijalankan bagi tujuan menilai ketepatan NDCDB dengan memperkenalkan metodologi baharu berpandukan konsep Toyota Way A3 bagi melaras ketepatan NDCDB sedia ada dengan mengekalkan penggunaan modul-modul eKadaster. Metodologi yang diperkenalkan mengambil kira semakan menyeluruh di pejabat dan lapangan sehingga mencapai nilai Root Mean Square Error (RMSE) yang memuaskan. Kawasan liputan kajian tertumpu kepada laluan East Cost Rail Link (ECRL) daripada Daerah Dungun ke Besut yang mana hasil cerapan yang dijalankan memberikan nilai anjakan 1 hingga 6 meter berbanding nilai koordinat NDCDB yang ditunjukkan dalam Pelan Pengambilan Balik Tanah. Tiga (3) blok pelarasan yang terlibat bagi kawasan tersebut adalah T10701, T1100101 dan T1100102 yang terletak dalam Mukim Kawah dan Mukim Pelagat di Negeri Terengganu. Hasil dapatan kajian membuktikan ketepatan meningkat dengan perbezaan nilai anjakan Ground Proofing (GP) dapat dikurangkan sehingga +4 meter berdasarkan kepada sampel 7 STN_ID bagi blok T100102. Selain itu, nilai RMSE juga menunjukkan nilai yang rendah iaitu nilai koordinat terlaras NDCDB telah dibandingkan dengan nilai koordinat cerapan Real Time Kinematik (RTK) [2] di atas tanda sempadan bagi menentukan nilai Root Mean Square Error (RMSE) [3]. Nilai RMSE bagi selisih koordinat tiga (3) blok pelarasan yang terlibat telah dihitung dan nilai RMSE blok T10701 adalah 0.124 meter, T1100101 adalah 0.080 meter dan T100102 adalah 0.165 meter. Daripada nilai GP dan RMSE yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa metodologi baharu ini adalah praktikal untuk mengukuhkan ketepatan kedudukan NDCDB yang diguna pakai di Malaysia.
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN),
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES),
Behrang, 35950 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel: +605 454 2825 | Faks: +605 454 2837
Emel: pro@instun.gov.my