• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

ULASAN BUKU BULAN MAC BIL. 2/2025

Siapa Bersama Mereka

Spesifikasi:

 

Pengarang: Mohd Ghazali Tocheh

Penerbit: Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM)

ISBN: 9834214804

Tarikh terbit: 2006

Muka surat: 216

 

Buku ini memuatkan rentetan pahit-manis dan pengalaman 24 OKU cacat penglihatan sebelum mereka berjaya di bidang masing-masing. Di samping semangat, kecekalan, kreativiti dan pendidikan berdaya maju, kepekaan individu dan institusi tertentu yang sedia membantu dan menyumbang kepakaran pada OKU cacat penglihatan yang memerlukannya merupakan modal insan bernilai tinggi menjurus memertabatkan mereka di mata ramai.

 

Buku ini juga membuktikan bahawa OKU cacat penglihatan mampu bersaing di pasaran kerjaya global bagi jawatan-jawatan tertentu di bidang profesional, perguruan, pengurusan dan pentadbiran di sektor awam, kerajaan dan swasta. Buku ini juga turut memaparkan liku-liku perjuangan OKU cacat penglihatan dengan dibantu individu atau institusi yang prihatin sebelum mereka memahat nama di bidang perniagaan, perusahaan, pertanian dan penternakan secara komersil.

 

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 305.908 MOH