Search
peta hubungi maklumbalas faq
Version
Muat Turun 581
File Size 6.01 MB
File Count 1
Create Date 25/10/2022
Last Updated 23/11/2022
Muat Turun
or download free
[free_download_btn]

Description

Azfaizan Ahmad Sarkawi

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, 35950 Behrang Ulu, Perak

 

Mohmadisa Hashim

Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

 

Nasir Nayan 

Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

 

Kata Kunci: Perubahan Guna Tanah, Tepu Bina, Daerah Manjung, Sistem        Maklumat Geografi

 

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti perubahan guna tanah dan litupan bumi di daerah Manjung, Perak. Perbandingan data siri masa antara tahun 2012 hingga 2018 telah dilakukan bagi menganalisis perubahan guna tanah dan litupan bumi tersebut. Data yang digunakan ialah peta guna tanah daerah Manjung tahun terbitan 2012, 2014 dan 2018 yang diperoleh daripada Majlis Perbandaran Manjung. Klasifikasi guna tanah dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu kawasan hutan, pertanian, badan air dan tepubina. Peta guna tanah telah dianalisis dengan menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) bagi mengesan perubahan guna tanah sebenar berdasarkan klasifikasi tersebut. Analisis tindanan peta telah dilakukan bagi mengetahui perubahan keluasan sebenar yang berlaku pada setiap jenis guna tanah. Dapatan kajian menunjukkan telah berlaku trend perubahan yang ketara sama ada guna tanah yang meningkat dan menurun dalam tempoh enam tahun tersebut. Didapati perubahan guna tanah yang ketara berlaku ialah pertanian iaitu pengurangan 1.43% dan guna tanah tepu bina telah berlaku peningkatan sebanyak 2.01%. Guna tanah hutan menunjukkan peningkatan iaitu 0.13% dan pengurangan terhadap guna tanah badan air iaitu 0.71%. Perubahan guna tanah di daerah Manjung dalam tempoh tersebut memberi maksud yang jelas bahawa proses pembangunan telah giat berlaku di daerah ini khususnya dalam kawasan Majlis Perbandaran Manjung. Perancangan masa depan perlu dilihat dan dikaji semua agar pembangunan yang hendak dilakukan perlulah seimbang di antara keperluan pembangunan semasa dan persekitaran fizikal sedia ada.

[changelog]

Categories & Tags

Similar Downloads

No related download found!
Nurul Fazrin