Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah Berjaya mengadakan Karnival Jubli Perak INSTUN pada 23 dan 24 September 2023. Seramai 4,500 pengunjung telah hadir menjayakan karnival ini sepanjang dua hari berlangsung di Kompleks INSTUN. Pelbagai aktiviti menarik telah disajikan antaranya:
Acara kemuncak bagi karnival ini adalah sesi penanaman kapsul masa INSTUN. Kapsul masa ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Khairin Nazry bin Karim, Pengarah INSTUN. Kapsul masa ini dijangka akan dibuka semula pada tahun 2038.
Acara Tarik Tali sempena Karnival Jubli Perak INSTUN yang diadakan telah menyaksikan 13 pasukan bertanding dari sekitar Daerah Muallim. Perlawanan berkonsepkan liga, menyaksikan 8 pasukan terbaik ke peringkat kalah mati. Berikut merupakan 13 pasukan yang menyertai acara ini:
Keputusan penuh bagi acara ini adalah seperti berikut:
Juara: Bull 7
Naib Juara: Night Empire TGM
Tempat ketiga: Bomba Tanjong Malim
Tempat keempat: Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)
“Hibah vs Wasiat: Faham Betul-betul Yoep”
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah menganjurkan Ceramah Perdana Sempena Sambutan Jubli Perak INSTUN bertajuk “Hibah vs Wasiat: Faham Betul-betul Yoep” pada 10 November 2023 (Jumaat) bertempat di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Daerah), Slim River. Program yang bermula pada 6.30 petang hingga 10.30 malam ini merupakan salah satu pengisian ilmiah yang dirangka bersempena ulang tahun ke-25 penubuhan INSTUN.
Majlis ceramah menampilkan YBhg. Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz sebagai penceramah utama, manakala sesi pengendalian dan moderasi disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Tuan Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim. Kehadiran para jemputan dan masyarakat setempat memberikan nilai tambah kepada penganjuran program ini yang bertujuan memperkukuh kefahaman awam mengenai aspek hibah dan wasiat dalam konteks pengurusan harta menurut syariah.
Melalui perkongsian tersebut, para peserta berpeluang memahami perbezaan antara instrumen hibah dan wasiat serta kepentingannya dalam perancangan harta keluarga. Penganjuran ceramah ini juga selaras dengan usaha INSTUN untuk memperluas pemerkasaan ilmu dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam isu-isu yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan harta pusaka.
Sempena penganjuran Karnival Jubli Perak INSTUN, satu program sukaneka dianjurkan dengan penyertaan hampir 200 orang peserta kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur. Program ini diadakan sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan yang bertujuan mengeratkan hubungan antara warga INSTUN, keluarga, serta komuniti setempat.
Pelbagai acara menarik telah disusun khusus untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada peserta cilik, antaranya acara perah air menggunakan span Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah turut menggalakkan semangat kesukanan, daya saing sihat dan pembentukan sahsiah positif dalam kalangan kanak-kanak.
Penyertaan yang menggalakkan daripada ibu bapa serta sokongan daripada warga INSTUN turut menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan penganjuran sukaneka ini. Program ini secara tidak langsung mewujudkan suasana harmoni dan kemeriahan yang selari dengan matlamat INSTUN untuk memupuk hubungan komuniti yang lebih erat bersempena sambutan 25 tahun penubuhan INSTUN.
Sukaneka Karnival Jubli Perak ini membuktikan komitmen INSTUN dalam menganjurkan aktiviti yang bukan sahaja memfokuskan pembangunan profesional, tetapi juga kesejahteraan masyarakat dan pembentukan modal insan sejak usia muda.