
Spesifikasi:
Penulis: Awang Saruyan
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN: 9789834913236
Cetakan: 2017
Saiz: 14 cm x 2.5 cm x 21.5 cm
Muka Surat Termasuk Kulit: 514
Jenis Kulit: Kulit Nipis
Berat: 0.610kg
Buku ini merupakan himpunan 20 makalah terpilih garapan profesor Datuk Dr. Awang Sariyan yang tertumpu pada gagasan dan pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun negara. Makalah-makalah itu merentas tempoh beberapa dekad dan dibentangkan sama ada sebagai kertas ucap utama, syarahan, kertas dasar atau kertas kerja dalam persidangan di dalam dan di luar negara. Untuk memenuhi judul pemartabatan bahasa Melayu, makalah-makalah itu disatukan dalam beberapa bahagian yang merupakan tema-tema yang berkaitan dengan upaya pemartabatan bahasa Melayu. Enam tema yang dipilih untuk mendukung upaya pemartabatan bahasa Melayu, sesuai dengan kupasan dalam semua makalah itu ialah Perancangan Bahasa, Bahasa dalam Pendidikan, Sosiolinguistik, Penyelidikan Bahasa Melayu, Bahasa dalam Sastera Melayu, dan Bahasa dan Jalinan Kerjasama Antarabangsa.
“Penulis ialah ahli bahasa Melayu yang prolifik dalam penghasilan buku dan makalah serta terlibat secara langsung dalam perancangan bahasa Melayu pada peringkat negara, serantau dan antarabangsa. Lebih 50 judul buku ilmiah tentang linguistik, pendidikan dan falsafah, buku teks, buku umum, kumpulan puisi dan kamus telah dihasilkannya di samping lebih 1,000 makalah di pelbagai media dan lebih 200 kertas kerja utama, syarahan dan kertas kerja yang dibentangkan di dalam dan di luar negara (antaranya Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Jerman, Korea Selatan, Perancis, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan United Kingdom). Beliau berpengalaman luas dalam bidang akademik dan pentadbiran, antaranya sebagai Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Profesor Bahasa di Universiti Putra Malaysia, Profesor Bahasa di Universiti Malaya, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan Profesor Penyandang Kursi Pengajian Melayu kerajaan Malaysia di Universiti Pengajian Asing Beijing sebanyak dua kali, selain pernah bertugas di Universiti Brunei Darussalam dan Profesor Pelawat di Universiti Frankfurt, Jerman dan di Universiti Sumatera Utara, Indonesia.
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 499.23 AWA