Search
peta hubungi maklumbalas faq
Version
Muat Turun 430
File Size 3.57 MB
File Count 1
Create Date 11/10/2022
Last Updated 23/11/2022
Muat Turun
or download free
[free_download_btn]

Description

Azfaizan Ahmad Sarkawi

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Institut Tanah dan Ukur Negara,

35950 Behrang Ulu, Perak D.R

 

Riduan Kateno

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Institut Tanah dan Ukur Negara,

35950 Behrang Ulu, Perak D.R

 

 

Kata Kunci: Pengetahuan am, INSTUN, tahap pengetahuan, sumbangan kepada industrI

 

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan am dalam kalangan kakitangan INSTUN merangkumi kumpulan perkhidmatan profesional dan sokongan. Berdasarkan jumlah perjawatan yang diisi iaitu seramai 143 orang, sasaran responden dikenal pasti dan merupakan kakitangan berjawatan tetap yang bertugas di INSTUN. Kajian dilaksanakan dengan kaedah tinjauan      menggunakan instrumen soal selidik Google Form yang dapat menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan kertas. Setelah selesai membuat soalan- soalan yang berkaitan, tinjauan dijalankan dengan menggunakan soal selidik Google Form dan pautan soal selidik dihebahkan kepada kakitangan INSTUN melalui saluran e-mel jabatan dengan perisian Microsoft Office Outlook. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan am dalam kalangan kakitangan INSTUN adalah tinggi. Kakitangan perempuan didapati mempunyai tahap pengetahuan am yang lebih tinggi berbanding lelaki secara keseluruhan. Berdasarkan tinjauan tahap pengetahuan am mengikut kategori bahagian      perkhidmatan di dapati responden di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan mencatatkan kakitangan yang mempunyai pengetahuan am yang tinggi. Berdasarkan kajian ini, pihak INSTUN perlu mengambil langkah pro aktif untuk meningkatkan amalan membaca di kalangan kakitangannya. Pengetahuan am berhubung isu-isu semasa dan pengetahuan am yang lain harus dikuasai tanpa terikat dengan bidang pengkhususan masing-masing.

[changelog]

Categories & Tags

Similar Downloads

No related download found!
Nurul Fazrin