Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) merupakan sebuah Institusi Latihan Awam (ILA) dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) INSTUN telah diluluskan peruntukan pembangunan bagi Projek Pembinaan Sebuah Balai Cerap di dalam kampus INSTUN. Projek pembinaan Balai Cerap ini telah siap pada 5 Julai 2023 dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pada 3 Oktober 2023.
INSTUN telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) pada 17 Oktober 2018 (Rabu) bersamaan 8 Safar 1440H. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Sahibus Samahah (SS) Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Harussani bin Haji Zakaria (Mufti Kerajaan Negeri Perak) dan YBrs. Puan Norehan binti Omar (Pengarah INSTUN) serta disaksikan oleh Timbalan Mufti Negeri Perak iaitu Tuan Haji Zamri bin Hashim serta Pendaftar INSTUN iaitu Encik Anis Zaihasmy bin Zainal Abidin.
Kerjasama yang erat dan sokongan penuh daripada Almarhum Tan Sri kepada pihak INSTUN dalam perkara berkaitan ilmu falak serta sumbangan yang besar Almarhum kepada masyarakat telah memberi inspirasi kepada pihak INSTUN untuk menamakan Balai Cerap di INSTUN ini sebagai Balai Cerap Tan Sri Harussani / Tan Sri Harussani Observatory (TSHO).
TSHO akan menjadi pusat penyelidikan, pendidikan, latihan dan perkongsian pengetahuan dalam ilmu falak/ astronomi melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti, kursus, seminar dan persidangan dengan kerjasama agensi yang terdiri daripada pelbagai kementerian, pusat pengajian tinggi dan jabatan.
Tiga (3) Tempat Cerapan Utama TSHO
- Cerapan Angkasa: Teleskop RC 16 inci sangat berguna untuk cerapan angkasa oleh pencerap dan penyelidik. Dengan cermin yang besar, ia mampu mengumpulkan cahaya yang banyak bagi membolehkan cerapan yang jauh (deep sky) terhadap objek-objek angkasa seperti planet, bintang, galaksi dan nebula.
- Astrofotografi: Kelebihan yang RC direkabentuk untuk mengurangkan optic distortion menjadikan teleskop ini amat sesuai untuk aktiviti astrofotografi. Ia membolehkan pengambilan gambar objek-objek langit seperti planet, bintang, galaksi dan nebula yang tajam (sharp) dan berkualiti tinggi (high resolution).
- Penyelidikan Saintifik: Teleskop RC 16 inci sering digunakan untuk penyelidikan saintifik seperti pemerhatian sistem planet, kajian berkenaan galaksi dan pemantauan bintang yang berubah-ubah. Kebolehupayaan optiknya yang berkualiti tinggi membolehkan penyelidik mengumpulkan data yang tepat.
- Penyelidikan Komet dan Asteroid: Teleskop ini juga digunakan untuk cerapan komet dan asteroid yang mendekati bumi. Ia mempunyai sensitiviti yang tinggi dan berkeupayaan untuk mengesan objek-objek kecil dalam sistem suria.
- Edu-Tourism & Astro-Tourism: Teleskop RC 16 inci juga boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) astronomi di institusi pengajian tinggi. Ini memberi peluang kepada pelajar dan mahasiswa untuk belajar lebih mendalam tentang alam semesta secara langsung. Selain itu, ia dapat dijadikan sebagai tarikan pelancongan dalam bidang astronomi sekaligus mengharumkan nama INSTUN dan juga negeri Perak.


a. Teleskop Sharpstar bersaiz 5 inci yang digunakan untuk mencerap matahari, bulan, hilal dan objek-objek langit malam.

b. Teleskop Celestron bersaiz 14 inci yang digunakan untuk mencerap planet.

JAM MATAHARI / SUNDIAL DI TSHO
Sundial atau Jam Matahari
BULETIN DIGITAL BALAI CERAP TAN SRI HARUSSANI
AKTIVITI CERAPAN




Aktiviti Cerapan di THSO





Hasil Cerapan di TSHO

Hasil Cerapan di TSHO



Hasil Cerapan di TSHO




