Search
peta hubungi maklumbalas faq

ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI BIL. 2/2026

Stop Talking and Start Hijrah

Spesifikasi:

ISBN: 9789671699409

Penerbit: Rimbunan Islamik Media

Penulis: Mahad Rashid

Tahun Terbitan: 2019

Muka Surat: 211

Dimensi (cm): 14cm x 21.1cm x 1.5cm

 

Hijrah adalah yang sukar bagi orang yang hatinya belum mantap. Banyak orang yang menunda hijrahnya, malah sampai bertahun-tahun lamanya. Entahlah apa yang masih ditunggu, sedangkan kematian akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Tidak perlulah kita tunda lagi. Ada Tuhan Yang Maha Pemaaf yang sentiasa bersedia memaafkan segala kesalahan kita.

 

Seandainya kita yakin Allah adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf, mari kita mulakan hijrah. Allah menunggu hambaNya bersujud dalam solat dan merintih dalam doa kepadaNya. Mari kita pilih jalan ini. Jalan hijrah. Jalan yang Allah bentangkan untuk hambaNya yang mahu ada dekat denganNya.

 

Jalan ini dipenuhi kerikil, banyak lubang, malah di persimpangan pula ada banyak pokok yang tumbang. Walaupun ada banyak rintangan, namun di penghujung jalan ini ada harapan yang kita letakkan, iaitu syurga. Semua jalan ada penghujungnya, namun tidak semua jalan berakhir syurga. Jadi, adakah kamu masih ragu hendak berhijrah?

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak D297.57 MAH