Search
peta hubungi maklumbalas faq
Version
Muat Turun 471
File Size 8.82 MB
File Count 1
Create Date 20/03/2023
Last Updated 19/07/2023
Muat Turun
or download free
[free_download_btn]

Description

Muhammad Haziq Syuwari Mahazir

Bahagian Pentadbiran dan Perundangan Tanah,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Nurulashikin Suid

Pejabat Dearah dan Tanah Kinta,

Jalan Changkat Kampung Bendera, 31000 Batu Gajah Perak

 

Kata Kunci: Pemilikan strata, kegagalan, penegluaran, bangunan khas

 

ABSTRAK

Pemilikan unit-unit harta tanah di negara ini semakin meningkat dengan pesat saban tahun. Data sehingga Disember 2020 merekodkan 1,589,837 petak hak milik strata telah didaftarkan di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, permohonan hak milik strata bagi kategori bangunan khas sering menemui kegagalan. Merujuk kepada statistik JKPTG (2020), sebanyak 2,037 skim yang melibatkan 288,590 petak merupakan kategori bangunan khas di Semenanjung Malaysia yang masih gagal memperoleh hak milik strata. Kegagalan ini telah menyebabkan pembeli-pembeli petak yang menduduki petak-petak ini masih belum memiliki hak milik strata bagi petak masing-maisng sejak bangunan siap dibina. Justeru itu, artikel ini meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan pengeluaran hak milik strata bagi kategori bangunan khas di Semenanjung Malaysia. Dapatan kajian diperoleh melalui penerokaan secara kualitatif dengan kaedah temu bual separa struktur dan analisis kandungan melalui penelitian dokumen. Pemilihan sampel dipilih berdasarkan teknik pensampelan bertujuan (purposive sampling). Seramai enam informen terlibat dalam pengendalian urusan permohonan hak milik strata bagi bangunan khas di jabatan informen. Dapatan kajian ini mampu memberikan solusi serta best practice approach (Kaedah Amalan Terbaik) bagi memperkasakan urus tadbir permohonan hak milik strata bagi kategori banguna khas di Semenanjung Malaysia secara umumnya dan kepada pentadbiran tanah secara khusus.

[changelog]

Categories & Tags

Similar Downloads

No related download found!
Nurul Fazrin