Gs. Sarina Elias
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, 06000 Jitra, Kedah
Muhammad Nur Muhaimin Zazali
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, 06000 Jitra, Kedah
Kata Kunci: parkir, perumahan, sistem maklumat geografi, perancangan bandar
ABSTRAK
Perkembangan dan kemajuan pesat disebuah kawasan akan mengakibatkan sistem lalulintas juga akan meningkat dan dengan secara tidak langsung akan menyebabkan permintaan terhadap keperluan tempat letak kereta juga bertambah. Tujuan artikel ini adalah untuk mengkaji penggunaan ruangan parkir di Taman Tengku Maheran, Jitra, Kedah iaitu meliputi 48.4 ekar kawasan perumahan teres kos sederhana dan melibatkan 100 orang responden serta dijalan melalui pemerhatian dan edaran borang soal selidik. Kajian ini hanya memfokuskan pemetaan parkir di kawasan perumahan tersebut dengan berbantukan sistem maklumat geografi (GIS). Hasil daripada kajian mendapati kawasan perumahan di kawasan kajian menerima impak permintaan parkir yang begitu ketara. Dengan merujuk kepada kajian yang dilakukan, diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti pihak berkuasa tempatan dan pemaju-pemaju kawasan perumahan untuk mengatasi masalah permintaan kawasan parkir di kawasan perumahan yang telah memberikan kesan kepada perancangan kawasan perumahan pada masa kini dan juga pada masa akan datang.