Nor Fadzillah binti Haron
Bahagian Ukur dan Pemetaan,
Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia
Mustaffa bin Shahim
Bahagian Ukur dan Pemetaan,
Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia
Kata Kunci: Kesedaran UAV, sektor awam, persepsi
ABSTRAK
Teknologi pesawat tanpa pemandu atau dikenali sebagai Unmanned Aerial Vehicle (UAV) telah berkembang begitu pesat sekali sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Penggunaannya telah membawa perubahan dan impak yang besar kepada pelbagai industri dan kehidupan harian sama ada di sektor awam dan swasta. Namun begitu, perkembangan ini juga mencetuskan isu ancaman kepada keselamatan negara dan juga isu pencerobohan ruang privasi di atas penyelahgunaan UAV. Sehubungan dengan itu, kesedaran dan pematuhan terhadap peraturan serta undang-undang yang berkaitan haruslah diketahui oleh pengguna. Artikel ini akan mempersembahkan kajian persepsi penjawat awam terhadap penggunaan UAV di dalam sektor awam dengan memfokuskan kepada tiga (3) aspek iaitu pendedahan, penggunaan dan hala tuju dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik secara atas talian kepada responden dari pelbagai jabatan dan agensi. Hasil daripada kajian ini akan memperlihatkan kesedaran penggunaan UAV di sektor awam secara umumnya.