Muhammad Faizal Abdul Rahman
Bahagian Teknologi Maklumat,
Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia
Azidah Abu Ziden
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia, 1180 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
Nasir Ismail
Bahagian Teknologi Maklumat,
Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia
Syazleena Yahya
Bahagian Teknologi Maklumat,
Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia
Kata Kunci: revolusi perindustrian 4.0, pengurusan latihan, kesediaan, institut latihan awam
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesediaan Institut Latihan Awam (ILA) dalam menuju Revolusi Perindustrian 4.0. Instrumen kajian yang digunakan adalah set borang soal selidik yang terdiri dari tiga soalan demografik, 17 soalan berskala likert dan satu soalan terbuka. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah deskriptif yang melibatkan paparan data bilangan dan peratusan. Responden kajian ini terdiri dari 60 orang pegawai yang terlibat dalam pengursan dan penyelarasna kursus di empat buah Institut Laithan Awam iaitu Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Institut Tadbiran Awam (INTAN), Institut Perakaunan Negara (IPN) dan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden bersedia untuk menghadapi era dan cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 dalam organisasi masing-masing. Kesediaan penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan dan penyelarasan kursus dan latihan pada amnya adalah sangat baik dan mereka bersedia untuk menyokong Revolusi Perindustrian 4.0 di organisasi masing-masing dengan bantuan latihan dan penglibatan pelbagai pihak. Organisasi perlulah melakarkan strategi dan pelan berkaitan bagaiman Revolusi Perindustrain 4.0 boleh diintegrasikan dalam organisasi masing-masing.