Zulhasmi Mohamad
Bahagian Pentadbiran dan Perundangan Tanah,
Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia
Kata Kunci: Maqasid Shariah, pentadbiran tanah
ABSTRAK
Maqasid Shariah merujuk kepada tujuan pensyariatan undang-undnagn Islam. Ia berasaskan kepada prinsip-prinsip maslahat kepada umat manusia secara universal yang diperoleh melaui nas-nas atau autoriti syariat Islam. Pentadbiran tanah pula merupakan aktiviti pengurusan tanah melibatkan aktiviti tertentu sama ada di peringkat kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri berlandaskan peruntukan undang-undang. Perbahasan yang menggabungkan kedua ini merupakan satu wacana baharu yang bertujuan mencungkil elemen-elemen maqasid shariah dalam Pentadbiran Tanah. Kajian ini menumpukan untuk mengenal pasti hubungan perundangan shariah ini dengan pentadbitran tanah dan pengaplikasiannya dalam pentadbiran tanah. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan metodologi analisis perpustakaan atau kajian literatur dalam memahami konsep yang ingin disampaikan. Rumusan daripada dapatan analisis perpustakaan akan mengulas mengenai 5 prinsip Maqasid Shariah iaitu keperluan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dapatan dari kajian ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga pentadbiran tanah dan pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam pentadbiran tanah.