Search
peta hubungi maklumbalas faq
Version
Muat Turun 1
File Size 1.50 MB
File Count 1
Create Date 11/02/2026
Last Updated 11/02/2026
Muat Turun
or download free
[free_download_btn]

Description

LSr Ahmad bin Omar

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Mohd Azlan bin Tarmiti

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Kata kunci: Baki lot, hakmilik Sambungan, Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan NDCDB, Pasca Pengambilan, dron

 

 

ABSTRAK

Kemajuan teknologi dan ketersediaan data geospatial yang semakin meluas telah menyebabkan penggunaan imej dron dalam aktiviti ukur tanah menjadi topik penting dalam penyelidikan Kajian ini akan menilai keberkesanan dan kemampuan penggunaan imej dron dalam proses penyediaan Permohonan Ukur (PU) bagi pengukuran baki lot yang terlibat dengan pengambilan tanah. Terdapat projek-projek pembangunan dilaksanakan hanya setelah Borang K diwartakan tetapi PU untuk pengeluaran hakmilik sambungan tidak dibuat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Penyediaan permohonan ukur oleh PDT/PTG kepada Jabatan Ukur supaya baki lot tanah yang terlibat dengan pengambilan diukur adalah proses awal yang harus dilakukan oleh PDT/PTG sebelum sesuatu geran hakmilik sambungan boleh dikeluarkan oleh PDT/PTG. Isu kelewatan pengeluaran hakmilik sambungan boleh memberikan impak negatif kepada pemilik tanah seterusnya kepada sistem pentadbiran tanah negeri. Metodologi kajian melibatkan pengutipan dan pemprosesan data di lapangan menggunakan dron. Hasil imej dron akan ditindih dengan Pangkalan Data Ukur kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB) seterusnya dengan disokong oleh perisian tertentu maka penyediaan pelan permohonan ukur untuk tujuan pengeluaran hakmilik sambungan bagi lot-lot yang terlibat dengan pasca pengambilan dapat dihasilkan.

[changelog]

Categories & Tags

Similar Downloads

No related download found!
Nurul Fazrin