Search
peta hubungi maklumbalas faq
Version
Muat Turun 237
File Size 473.25 KB
File Count 1
Create Date 19/03/2025
Last Updated 19/03/2025
Muat Turun
or download free
[free_download_btn]

Description

Sr Ahmad Omar

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Sr Zurina Ahmad

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Mohd Azlan Tarmiti

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Kata kunci: Baki Lot, Hakmilik Sambungan, Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan NDCDB, Hakisan, Garis Pantai, Imej Google Earth

 

ABSTRAK

 

Kajian ini menilai keberkesanan penggunaan imej Google Earth dalam proses penyediaan Permohonan Ukur (PU) bagi pengukuran baki lot yang terlibat dengan hakisan pantai. Penyediaan PU bagi hakmilik sambungan perlu dilaksanakan bagi petak lot yang terkesan dengan maraan dan munduran laut. Proses ini dilaksanakan sebelum sesuatu geran hakmilik sambungan dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) atau Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ). Dengan kemajuan teknologi dan ketersediaan data geospatial yang semakin meluas, penggunaan imej satelit seperti Google Earth dalam aktiviti ukur tanah menjadi topik penting dalam penyelidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ketepatan dan kebolehpercayaan imej Google Earth dalam menghasilkan pelan PU bagi 20 lot tanah yang terjejas oleh hakisan pantai. Metodologi kajian melibatkan penggunaan imej Google Earth dan Pangkalan Data Ukur kadaster Berdigit Kebangsaan NDCDB. Isu kelewatan pengeluaran hakmilik sambungan yang melibatkan lot-lot tanah di pesisir pantai terlibat dengan maraan air laut sering dibangkitkan oleh orang ramai. Isu ini memberikan impak negatif jangka masa panjang kepada pemilik tanah serta sistem pentadbiran tanah negeri. Justeru, isu ini perlu diberi perhatian agar permasalahan ini dapat diatasi serta diselesaikan dengan kaedah yang paling berkesan. Hasil kajian menunjukkan bahawa imej Google Earth boleh digunakan sebagai sumber sokongan dalam proses penyediaan PU.

[changelog]

Categories & Tags

Similar Downloads

No related download found!
Nurul Fazrin