Description
Nor Rahayu binti Ibrahim
Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah,
Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia
Kata kunci: Akta Tanah GSA 1960, FELDA, pemegang tanah, peranan dan tanggungjawab
ABSTRAK
Artikel ini meneliti peranan penting pemegang tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta GSA) dalam memastikan pembangunan tanah yang lestari dan kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan. Melalui pendekatan ulasan literatur, artikel ini mengupas tanggungjawab pemegang tanah dalam mengurus tanah secara produktif dan berkelanjutan, sambil mematuhi syarat-syarat undang-undang. Kajian ini juga mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pemegang tanah dan mencadangkan langkah-langkah untuk memperbaiki pengurusan tanah, dengan matlamat meningkatkan keberkesanan dan kelestarian pembangunan tanah di Malaysia.