- Version
- Muat Turun 156
- File Size 6.93 MB
- File Count 1
- Create Date 25/10/2022
- Last Updated 23/11/2022
Jaiya Abu
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, 50678 Kuala Lumpur
Kata Kunci: Pelupusan Tanah, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Strategi Penyelesaian, Isu Pelupusan Tanah
ABSTRAK
Keunikan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan adalah pembahagian kuasa-kuasa tertentu di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri apabila negeri-negeri membentuk sebuah Persekutuan. Kuasa tidak hanya tertumpu pada kerajaan persekutuan sebagai kerajaan pusat, tetapi sebaliknya dibahagi-bahagikan di antara kedua-dua kerajaan. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, hal ehwal pentadbiran tanah yang merupakan sumber terpenting kepada pembangunan dan penjanaan hasil terus diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri mengikut tradisi dan sejarah bahawa raja atau sultan sebagai pemerintah adalah pemilik tanah. Satu topik yang sangat jarang disentuh adalah hubungan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri khususnya yang melibatkan isu-isu pelupusan tanah daripada kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan. Kuasa kerajaan negeri dan hak kerajaan persekutuan uniknya bukan hanya disentuh oleh undang-undang tertentu seperti Kanun Tanah Negara atau Akta Pengambilan Tanah tetapi lebih penting lagi perkara yang melibatkan pelupusan tanah tersebut diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama di Malaysia. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji beberapa isu dalam pelupusan tanah tersebut dan seterusnya mencadangkan beberapa strategi penyelesaian atau penambahbaikan ke atasnya. Ini adalah kajian desktop yang bersumberkan data-data sekunder yang ada. Isu-isu adalah berkisar tentang kaedah pelupusan tanah, kaedah pengenaan bayaran tertentu seperti premium dan sewa tahunan, ketidakfahaman undang-undang dan amalan serta birokrasi yang ada. Berdasarkan isu atau masalah yang wujud, beberapa cadangan telah diketengahkan dalam kajian ini iaitu pemerkasaan institusi, penggunaan tanah secara optimum, pemerkasaan aspek rundingan di antara kerajaan dan layanan yang adil dan munasabah. Hasil kajian ini dapat menyokong usaha untuk mengurangkan isu dalam pelupusan tanah di antara kerajaan dan dengan itu diharapkan dapat mengerat dan memperkukuhkan hubungan dan jalinan kerjasama di antara kerajaan demi kesejateraan rakyat.
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN),
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES),
Behrang, 35950 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel: +605 454 2825 | Faks: +605 454 2837
Emel: pro@instun.gov.my