3 FEBRUARI 2023
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN INSTUN BILANGAN 1/2023
Bahagian Ukur dan Pemetaan telah diamanahkan untuk menjadi urusetia bagi penganjuran Majlis perhimpunan yang pertama bagi tahun 2023. Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Tuan Khairin Nazry bin Karim, Pengarah INSTUN serta seluruh warga kerja INSTUN.
YBrs. Tuan Pengarah telah menyampaikan Amanat beliau antara petikannya adalah ”untuk kita melakukan perubahan ianya memerlukan masa yang panjang dan jangan berputus asa untuk berubah. Kita perlu menunjukkan sikap yang baik terhadap diri sendiri dan orang sekeliling. Kemajuan ataupun gerak kerja yang sepatutnya kita sasarkan bukannya kesempurnaan. Kunci kepada kejayaan bagi kedua teras tersebut adalah growth mindset individu itu sendiri dan anggaplah bahawa cabaran dan halangan sebagai peluang untuk menjadi seorang yang lebih berdaya saing!”.
Usai Amanat Pengarah turut diadakan sesi perkongsian ilmu oleh Sr Ahmad bin Omar, Ketua Program Ukur Kadaster dengan tajuk Kepentingan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah Kepada Pembangunan Negara.
Acara kemuncak Majlis Perhimpunan pada kali ini diteruskan dengan Gimik Pelancaran Logo Jubli Perak INSTUN yang telah dicipta oleh Puan Aminah binti Anwar dari Bahagian Teknologi Maklumat serta pelancaran Website Jubli Perak INSTUN yang telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Pengarah.
|