• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

Perutusan Pengarah INSTUN 2023

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) merupakan satu-satunya institusi latihan tunggal di Malaysia yang telah diberi mandat serta tanggungjawab untuk melatih kakitangan yang terlibat dalam urusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta disokong oleh infrastruktur teknologi maklumat yang terkini. Melangkah ke tahun 2023 ini, kita perlu menoleh ke belakang sejenak bagi menilai sejauh mana objektif, misi dan strategi INSTUN sudah tercapai. Pelbagai kejayaan yang telah kita capai di samping kita berhadapan dengan pelbagai cabaran. Bagi memastikan INSTUN kekal relevan, institut ini menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini sesuai dengan kehendak situasi semasa melalui pelaksanaan kursus, seminar, bengkel dan kursus dalam talian yang berimpak tinggi bagi memberi kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus pada bila-bila masa di mana sahaja di samping menumpukan kepada bidang penyelidikan, penerbitan, fasilitasi dan konsultasi.

Pencapaian visi dan misi INSTUN memerlukan komitmen dan kerjasama seluruh warga INSTUN tidak kira yang bertugas di mana-mana bahagian. Pada 1 Mei 2023, INSTUN akan menyambut JUBLI PERAK sempena penubuhan INSTUN ke-25 tahun. Pelbagai aktiviti/program telah dirancang pada tahun ini yang boleh diraikan bersama. Institut ini juga berhasrat untuk merasmikan INSTUN yang telah mencapai usia 25 tahun dengan penerbitan Buku Laporan iaitu Coffee Table Book serta Perasmian Balai Cerap yang berteknologi tinggi yang pertama di Perak. Pelbagai usaha telah dijalankan sepanjang 25 tahun penubuhan, pada tahun ini INSTUN akan menyebarluas penglibatan INSTUN bukan sahaja di Sabah dan Sarawak malah di Peringkat Antarabangsa.

Akhir kata saya mengucapkan Selamat Bekerja kepada semua warga INSTUN. Semoga tahun 2023 akan menjadikan kita seorang penjawat awam yang lebih cemerlang, berinovatif dan berdedikasi serta penuh tanggungjawab untuk terus berkhidmat demi meningkatkan prestasi jabatan kita. Semoga segala niat suci murni kita semua untuk bersama-sama berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi pada tahun 2023 akan sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT. Adalah menjadi harapan saya juga, semoga segala sumbangan dan sokongan murni serta semangat kental yang kita semua warisi untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang di Tahun 2023 akan menjadi satu kenyataan serta ibadah yang sentiasa memperolehi keberkatan dari Allah SWT, InsyaAllah.

 

Let’s do more great work!

#INSTUN25tahun

#MelakarKegemilanganMendahuluiCabaran

#19982023

 

Sekian, Wassalam.

 

KHAIRIN NAZRY BIN KARIM

PENGARAH,

INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA

BEHRANG,

35950 TANJUNG MALIM,

PERAK.

Skip to content