• Bahasa Melayu
  • English

PENGUMUMAN: MERUJUK KEPADA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA KETIGA, WAKTU OPERASI : 8.00 PAGI - 5.00 PTG PELANGGAN INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN) ADALAH DIMOHON UNTUK BERURUSAN SECARA DALAM TALIAN MELALUI NOMBOR-NOMBOR BERIKUT : 1. NOREHAN BINTI OMAR 0192041601 (PENGARAH) 2. MOHD RIDZUAN BIN MOHD MAHYUDIN 0135154543 (PENDAFTAR) 3. MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAIS 0147322434 (KESELAMATAN) 4. ABDUL RASHID BIN OMAR 0196694245 (PERHUBUNGAN AWAM) 5. AHMAD KAMAL IHSAN BIN ANUAR 0132965607 (KEWANGAN) 6. ZULHASMI BIN MOHAMAD 0134219771 (KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH) 7. ABDUL MALEK BIN ABDULLAH 0135998947 (UNIT LATIHAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH) 8. GANESH BABU DEVAR A/L KUPPAN 0125125664 (KETUA BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN) 9. SR AHMAD AZMI BIN HASHIM 0124519871 (KETUA BAHAGIAN UKUR DAN PEMETAAN) 10. SR NOR MAHANI BINTI IBRAHIM 0136654787 (UNIT LATIHAN UKUR DAN PEMETAAN) 11. MURAD BIN ISA 0122639071 (KETUA BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT) 12. NORIZAN BINTI AMRAN 0162540655 (UNIT LATIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Polisi e-Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). INSTUN sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan jabatan ini meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Survei Atas Talian, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial Kementerian iaitu Facebook dan Twitter.

Oleh yang demikian, INSTUN amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: 

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.

  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.

  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Skip to content