7 Langkah Baiki Diri
Spesifikasi:
Penulis : Pahrol Mohamad Juoi
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Format: Kulit Nipis
ISBN: 9789830978345
Tahun Terbit: 2019
Jumlah Muka Surat: 336
Berat (Kg): 0.470 kg
Kita hidup bukan secara kebetulan tetapi mempunyai tujuan. Skrip kehidupan ini ada arah, jalan, bekalan, halangan dan akhirannya. Dengan melaluinya satu persatu, tahap demi tahap – insya-Allah hidup kita akan terpandu. Maksudnya, untuk berjaya, kita mesti melalui hidup dengan dirancang bukan hanya dengan kebetulan dan mengikut keadaan – by design not by default.
Jom berhijrah dari ‘zon selesa’ tapi beku kepada ‘zon mencabar’ yang penuh dugaan tetapi di situlah letaknya kejayaan dan kecemerlangan. Jadi keluarlah menuju zon yang mencabar – dan bersiap sedialah menghadapi kata nista, cerca dan hina manusia. Itu lumrah. Namun, tidak semua manusia begitu, anda akan temui nanti kata-kata yang memberangsangkan, mendorong dan meransangkan dakam buku ini. Insya-Allah.
Ubahlah diri, nescaya alam akan ‘berubah’ mengikut perubahan kita! Sekarang, mari kita mulakan langkah pertama untuk berubah. Mari tentukan arah hidup dengan hidayah. Dan selusurilah langkah-langkah seterusnya untuk baiki diri, keluarga, masyarakat, negara bahkan dunia.
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 297.57 PAH