Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Spesifikasi:
Penulis : Ismail Noor
Penerbit : Pelanduk Publications
ISBN: 9679787346
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 136
Keunggulan orang Melayu dalam pelbagai bidang seperti maritim dan perdagangan sudahpun terserlah sejak zaman dahulu lagi. Penguasaan dan kemahiran dalam bidang perniagaan membolehkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi begitu masyhur sehingga berjaya menarik pedagang-pedagang dari setiap pelosok dunia. Walaupun untuk sekian lama terpaksa hidup di bawah telunjuk penceroboh Portugis, Belanda dan British, orang Melayu tidak pernah tunduk mahupun akur kepada musuh.
Bak kata Laksamana hang Tuah, “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”, hari ini manusia Melayu terus gagah berada di ambang kebangkitannya. Buku ini berazam mencetuskan iltizam bangsa Melayu agar meneruskan agenda mempertahankan kedaulatan bangsa dan menyambung perjuangan yang belum selesai. Bagi menghadapi alaf baru ini dengan penuh keyakinan, orang Melayu harus mempunyai set minda yang unggul, yang menitikberatkan Al-Din, budaya warisan, keusahawanan cemerlang serta penyatuan ummah. Buku ini memaparkan suatu kerangka Nilai-Nilai Kemandirian Terpilih (NKT) Orang Melayu (Selected Malay Survival Values) yang boleh menjadi teras pembentukan bangsa Melayu yang unggul, cemerlang dan berwibawa.
Satu senarai wira-wira bangsa Melayu merangkumi negarawan, usahawan dan lain-lain personaliti Melayu, bersama-sama dengan maklumat sumbangan mereka juga telah dimuatkan ke dalam buku ini bagi merangsangkan orang Melayu ke mercu kejayaan di alaf baharu yang penuh duri dan ranjau.
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 305.89928 ISM