Atlas Tajwid Beginner
Spesifikasi:
Nama Penulis Buku : Prof. Madya Dr. Abd. Rauf Hassan Azhari
ISBN : 9789673885053
Bilangan Muka Surat : 251
Saiz Buku : 24.5 cm x 16.5cm x 2cm
Anggaran Saiz Buku : A5
Muka Buku : Hardcover
Warna Dalaman : Hitam Putih
Buku atlas tajwid ini sangat penting untuk dimiliki kerana ia menerangkan perkara-Perkara asas ilmu tajwid yang wajib diketahui. Setiap perbahasan diterangkan dengan huraian yang lebih jelas dan mudah difahami. Kombinasi rujukan kitab-kitab tajwid muktabar yang terdahulu dan terkini, menjadikan nukilan maklumatnya diyakini dan menaik untuk dimiliki. Tambahan pula, keilmuan penulis dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bidang ini serta penulisan ilmiah sejak puluhan tahun, menjadikan buku ini lebih autentik dan sempurna.
Berbeza dengan buku-buku lain kerana kebanyakan buku tajwid hanya membicarakan sesuatu hukum atau permasalahan secara ringkas. Banyak merujuk kitab-kitab Arab yang muktabar dalam ilmu tajwid, digabungkan dengan kitab-kitab terdahulu dan terkini. Sudah memadai dan lengkap untuk dijadikan bahan pengajaran di surau, masjid, kolej atau universiti tempatan.
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 297.1224045 ARH