
Spesifikasi:
Penulis: Nadhirah Nordin, Wan Saifuldin Wan Hassan
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN: 9789834922603
Cetakan: 2019
Saiz: 14.0cm x 21.4m
Muka Surat Termasuk Kulit: 199
Jenis Kulit: Nipis
Berat: 0.298kg
Buku ini mengupas beberapa isu pengurusan harta, antaranya termasuk zakat. Buku ini juga dimuatkan isu yang berkaitan dengan kewangan Islam. Antaranya aplikasi al-qawa’id al-fighlyyah dalam institusi perbankan Islam. Penambahbaikan prinsip-prinsip syariah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam kontrak opsyen sebagai mekanisme lindung nilai patuh syariah.
Pensyariatan zakat, harta pusaka dan wakaf membuktikan bahawa Islam menitikberatkan pengurusan harta penganutnya. Namun begitu, satu trasformasi perlu dibuat bagi menjadikan ketiga-tiga institusi tersebut menjadi salah satu komponen yang kompetitif dan menjadi salah satu pemacu pertumbuhan dan kemajuan ekonomi umat Islam. Penerbitan buku ini mampu meningkatkan inovasi dan memantapkan urus tadbir harta masyarakat Islam kontemporari, khususnya di Malaysia. Penerbitan buku ini juga dapat memberikan input yang berguna kepada pembaca dengan memberikan cadangan penyelesaian kepada masalah yang diutarakan. Buku ini sesuai dibaca oleh ahli ekonomi Islam, penyelidik, pelajar dan masyarakat awam agar lebih dekat lagi dengan institusi kewangan Islam.
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 332.088297 TAD