• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

ULASAN BUKU BULAN MAC BIL. 1/2024

Kaedah Penyelidikan Kerja Sosial Pengalaman di Lapangan

Spesifikasi:

Penerbit : UM Press

ISBN: 9789831008515

Tahun Terbit: 2016

Jumlah Muka Surat: 305

 

Penyelidikan merupakan aktiviti profesional yang perlu dilakukan secara sistematik dan beretika, mengikut serangkaian prosedur mengenai cara-cara atau kaedah bagaimana sebuah kajian yang berkualiti boleh dilakukan.

 

Ibarat sebuah pelan bangunan, kaedah atau metodologi kajian merupakan satu peta lakar yang memandu para pengkaji mereka bentuk, membina, mengumpulkan maklumat-maklumat primer dan sekunder berkaitan kajian, serta melaksanakan kajian. Jika pelan ini tidak dirancang dengan teliti, ia berisiko tinggi untuk mensia-siakan kajian yang dilakukan dari segi keaslian, kesahihan dan kebolehpercayaan data empirikal yang terkumpul. Atas peri pentingnya metode penyelidikan, buku ini mengandungi 15 buah kajian berkaitan bidang Kerja Sosial (Social Work) yang telah dirancang menggunakan pelbagai pendekatan dan metode penyelidikan sains sosial.

 

Selain itu, buku ini juga mengandungi dua bab khusus yang menerangkan mengenai perkara-perkara dan langkah-langkah yang perlu dilalui oleh para pengkaji yang bersedia untuk melakukan kajian sains sosial, serta penerangan ringkas mengenai aliran falsafah paradigma penyelidikan sains sosial; epistemologi, ontologi dan pragmatis. Pengalaman sebenar di lapangan yang dikongsi oleh 15 orang para penyelidik dalam buku ini mampu membantu para pembaca, khususnya pembaca yang merancang untuk melakukan sebuah kajian membuat persediaan teliti mengenai cara bagaimana untuk mengumpulkan maklumat kajian agar matlamat atau objektif kajian yang ingin dilakukan tercapai.

 

Buku ini juga kaya dengan pelbagai teknik penyelidikan yang mampu memberi banyak idea dan solusi kepada para pelajar yang mengikuti kursus metodologi penyelidikan dalam program akademik masing-masing.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 300.72 KAE

Skip to content