Mestika Kata: Kosa Kata Kesusasteraan Melayu Tradisional
Spesifikasi:
Penerbit: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834916701
Tarikh terbit: 2018
Muka surat: 499
Buku Mestika Kata merupakan lanjutan daripada buku Panduan Kosa Kata Sastera Klasik yang telah diterbitkan pada tahun 1991. Buku ini disusun semula dengan beberapa pindaan dan penambahan bagi menjadikannya lebih lengkap, terkini serta sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelajar dan pengkaji kesusasteraan Melayu.
Kandungan buku ini menghimpunkan sebanyak 2202 entri kosa kata yang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti teks klasik, naskhah mikrofilem dan juga cerita-cerita lisan yang telah diterbitkan. Entri yang dikumpulkan bukan sahaja terdiri daripada perkataan Melayu, malah turut mengandungi kata yang berunsur bahasa Arab, Jawa, Parsi dan Sanskrit. Selain itu, terdapat juga variasi dialek seperti Kedah, Kelantan, Perlis, Perak, Minangkabau dan Brunei yang ditemui dalam teks-teks rujukan.
Secara keseluruhannya, buku ini berfungsi sebagai panduan penting untuk memahami kosa kata yang digunakan dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional, sekali gus membantu pembaca mengenali kekayaan bahasa serta warisan sastera Melayu dengan lebih mendalam.
*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak D499.2382 MES