• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

ULASAN BUKU BULAN MEI BIL. 2/2023

Semantik Ranahan dalam Kamus Dwibahasa

Spesifikasi:

Penulis : Intan Safinaz Zainudin, Nor Hashimah Jalaluddin

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2018 (DBP)

ISBN: 9789834913823

Jumlah Muka Surat: 299

 

Buku ini menghuraikan aspek pemaknaan dalam kamus dwibahasa yang lebih relevan dan terkini. Dalam hal ini, penulis telah mengaplikasikan pendekatan ekletik yang menggabungkan aspek penggunaan kamus, aspek leksikografi, dan analisis linguistik. Pendekatan yang digunakan ini ternyata dapat menjawab prsoalan yang berkaitan dengan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna kamus dwibahasa, seperti maklumat makna yang tidak sesuai atau tidak sepadan antara bahasa sumber dengan bahasa sasaran. Analisis linguistik yang mengaplikasikan teori Semantik Ranahan (Frame Semantics) terbukti dapat membantu dalam penyusunan semula sensa makna entri bahasa sumber (bahasa Melayu) dengan padanannya dalam bahasa sasaran (bahasa Inggeris) yang sesuai.

 

Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai rujukan kepada pensyarah, pelajar, pengkaji bahasa dan pembaca umum yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kaedah pemaknaan dalam kamus dwibahasa. Diharapkan penerbitan buku ini dapat menambah kosa ilmu dalam bidang leksikografi, khasnya dan ilmu linguistik, umumnya.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 418.02 INT

Skip to content