• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Instun-logo

ULASAN BUKU BULAN NOVEMBER BIL. 1/2023

Ahli Majlis dan Kerajaan Tempatan

Spesifikasi:

Penulis : Kamaruddin Ngah

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka

ISBN: 9789834609399

Muka Surat: 242

Tahun penerbitan: 2014

Jenis Kulit: Kulit Nipis

Saiz: 15.00cm x 22.50cm

 

Buku ini membincangkan pengenalan dan konsep asas ahli majlis, fungsi dan peranan pihak berkuasa tempatan, pembangunan bandar di Malaysia, tanggungjawab dan peranan ahli majlis serta dasar-dasar utama nasional yang berkaitan kerajaan tempatan. Buku ini boleh dijadikan panduan dan bimbingan kepada ahli majlis yang dilantik di bawah pihak berkuasa tempatan, sama ada pada peringkat Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran serta Majlis Daerah.

Di samping itu, buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh para pentadbir kerajaan tempatan, ahli politik, pemimpin masyarakat, pensyarah dan pelajar universiti, khususnya dalam bidang pembangunan dan perancangan bandar, pentadbiran awam, pengurusan dan undang-undang. Dengan adanya buku ini, ahli dalam komuniti kerajaan tempatan dapat memahami dengan jelas tanggungjawab yang dipikul dan dapat melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna.

 

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 352.1409595 KAM

Skip to content