• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

ULASAN BUKU BULAN NOVEMBER BIL. 1/2024

99 PEMBENTUKAN POLISI AWAM: KE ARAH PEMAHAMAN YANG LEBIH SISTEMATIK DAN ANALITIS

Spesifikasi:

Penulis : Ahmad Atory Hussain

Penerbit : Utusan Publications

ISBN: 9789676121592

Tahun Terbit: 2008

Jumlah Muka Surat: 269 ms

 

 

Bidang polisi awam merupakan lanjutan daripada ilmu-ilmu sains sosial dan kemanusiaan asas seperti sains politik, sosiologi dan sejarah, termasuk juga undang-undang, ekonomi, pengurusan dan pentadbiran awam. Perkembangan Malaysia pada hari ini menampakkan bahawa bidang polisi awam semakin berperanan penting. Setiap hari, sama ada di peringkat tempatan, negeri mahupun kebangsaan isu polisi atau dasar awam semakin meningkat.

 

Menyedari hakikat ini, buku ini menerangkan kepada para pembaca tentang dasar atau polisi awam serta bagaimana ia boleh dikaitkan dengan isu nasional, negeri dan tempatan. Namun,perlu ditekankan di sini bahawa buku ini merupakan cetusan idea daripada buku yang ditulis oleh Sarjana Barat. Penulis hanya bertindaksebagai membawa academic advocacy. Akan tetapi idea daripada sarjana Barat telah digarap dan diubahsuai selari dengan keperluan dan situasi Malaysia.

 

Buku ini sesuai dibaca oleh golongan profesional, ahli politik dan sesiapa sahaja untuk memahami secara lebih sistematik berhubung pembentukannya, penerapannya, perlaksanaannya dan penilaian terhadap dasar atau program yang diperkenalkan.

 

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 361.6109595 AHM

Skip to content