• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER BIL. 2/2022

Strong Mothers Strong Sons

Spesifikasi:

 

Penulis : Meg Meeker, M. D.
ISBN : 9789674814533
Penerbit : PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Tarikh terbit : 13 Mac 2020
Penterjemah : Fatimah Rodhiah Mohd Yusof
Tebal : 576 muka surat

 

Para pemuda pada hari ini banyak mengalami keadaan yang disebut sebagai ‘krisis budak lelaki’. Seperti yang ditulis oleh ahli psikologi dan penulis, Dr. James Dobson dalam buku beliau bertajuk Bringing Up Boys, “Anak lelaki, jika dibandingkan dengan anak perempuan adalah enam kali lebih cenderung mempunyai masalah pembelajaran, tiga kali ganda lebih besar kemungkinan menjadi penagih dadah, dan empat kali lebih kebarangkalian mengalami gangguan emosi.”

Jika kita melihat pada dinamik unik hubungan indah ini, kita dapat melihat para ibu sebenarnya mempunyai tekanan mereka sendiri, yang berbeza daripada pengalaman anak lelaki mereka. Penting untuk kita memahami kedua-duanya, iaitu tekanan yang unik kepada kanak-kanak lelaki dan tekanan yang unik kepada si ibu. Kadangkala, kedua-duanya akan bersilang dan kadang-kadang tidak.

Penulis akan kongsikan setiap set ini secara terperinci. Penulis akan kongsikan semua isu yang dihadapi oleh kaum ibu. Ini kerana penyelidikan menunjukkan, cara terbaik bagi membantu seorang lelaki adalah dengan membantu insan yang mempunyai pengaruh paling besar terhadap diri mereka. Bagi berjuta-juta lelaki di dunia ini, insan itu adalah ibu mereka.

 

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 306.8743 MEE

Skip to content