• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

ULASAN BUKU BULAN SEPTEMBER BIL.1 /2022

Spesifikasi:

Penulis: Jamaludin Ahmad
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834607975
Cetakan: 2016
Saiz: 21cm 
Muka Surat: 385


Buku Modul Motivasi Diri ini dihasilkan dan disusun berdasarkan kepakaran dan pengalaman serta hasil penyelidikan penulis dalam bidang ini. Buku ini lebih berfokus kepada pembinaan aktiviti modul motivasi yang boleh diguna pakai terhadap pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS).

Prof. Madya Dr. Haji Jamaludin bin Haji Ahmad, bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Penulis merupakan pengarang bersama buku berjudul Pembinaan Modul: Bagaimana Membina Modul Latihan da Modul Akademik. Selain itu, penulis turut mengarang beberapa buah buku dalam bidang kaunseling seperti Modul dan Kaunseling Penyalahgunaan Dadah, Modul dan Pengendalian Bimbingan Kelompok dan Salahguna Dadah: Sebab, Akibat, Cegah dan Rawat yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca budiman. Penulis aktif sebagai kaunselor berdaftar serta bergerak aktif sebagai penceramah motivasi untuk pelajar, guru dan ibu bapa serta membantu pembinaan pelbagai jenis modul anjuran Lembaga Zakat Selangor, JAKIM, Integriti Malaysia. UiTM, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan sebagainya.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 153.8 JAM

Skip to content