Search
peta hubungi maklumbalas faq
Version
Muat Turun 503
File Size 3.49 MB
File Count 1
Create Date 11/10/2022
Last Updated 23/11/2022
Muat Turun
or download free
[free_download_btn]

Description

Sr Siti Arifah Abdul Kader

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Sr Nor Mahani Ibrahim

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Kata Kunci: Pengurusan data, inventori data wakaf, sistem, GIS

 

Abstrak

Kaedah penyimpanan dan pengumpulan data-data tertentu amat penting serta perlu terurus dan teratur bagi memudahkan proses rujukan. Hasil daripada penyimpanan data yang cekap dapat menyumbang kepada ketersediaan data untuk digunakan sebagai rujukan dan analisis bagi membuat sebarang keputusan penting di peringkat sesebuah jabatan, agensi dan negara amnya. Justeru itu, kajian ini membincangkan isu pengurusan inventori tanah wakaf di Bahagaian Wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK). Didapati kaedah secara manual iaitu kaedah perekodan inventori tanah wakaf masih dipraktikkan. Persoalannya, sampai bilakah kaedah perekodan inventori wakaf masih akan dipraktikkan sedangkan Malaysia menuju kearah modenisasi? Justeru itu, matlamat kajian ini adalah unutk membangunkan sebuah sistem pangkalan data menggunakan Geographic Information System (GIS). Dalam mencapai matlamat kajian ini, dua objektif telah dirangka. Objektif yang pertama adalah untuk mengkaji isu dan serta masalah dalam pengurusan data tanah wakaf. Objektif kedua pula adalah untuk mencadangkan penambahbaikan bagi pengurusan tanah wakaf. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan aplikasikan kajian kes. Metodologi kajian ini dimulakan dengan kajian awalan, kajian teoritikal, pengumpulan data, pemprosesan data, analisis data dan hasil kajian. Proses pengumpulan data adalah secara pemerhatian iaitu pengkaji membuat tinjauan di Bahagian Wakaf, MAIK bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini. Data daripada pemerhatian tersebut dianalisis dengan pengkaji membuat perbandingan diantara data yang direkod secara kaedah konvensional dengan perekodan menggunakan komputer. Hasil daripada kajian ini adalah sebuah sistem yang diwujudkan menggunakan perisian Microsoft Visual Basic 5.0 bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

[changelog]

Categories & Tags

Similar Downloads

No related download found!
Nurul Fazrin