- Version
- Muat Turun 115
- File Size 3.60 MB
- File Count 1
- Create Date 16/02/2024
- Last Updated 16/02/2024
Sr Siti Arifah binti Abdul Kader
Bahagian Ukur dan Pemetaan,
Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia
Sr Nor Mahani binti Ibrahim
Bahagian Ukur dan Pemetaan,
Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia
Kata kunci: Ilmu falak, juruukur, jasad-jasad samawi, peta.
ABSTRAK
Juruukur tanah ialah seorang profesional yang mempunyai kelayakan akademik dan kepakaran teknikal untuk mempraktikkan sains pengukuran dan memaparkan maklumat berkaitan sempadan tanah dan maklumat geografi di atas pelan. Juruukur Tanah turut mempunyai kepakaran dalam bidang pemetaan termasuk pengoperasian penerbangan di udara bagi tujuan mengambil imej sama ada menggunakan peralatan dron sehingga selesai penghasilan peta topografi daripada imej udara tersebut. Bukan itu sahaja, Juruukur juga mesti berpengetahuan dalam bidang geodesi yang merangkumi ilmu Falak terutama sekali berkaitan perkara-perkara teknikal dalam penentuan waktu solat, penentuan arah kiblat, penentuan takwim hijrah dan gerhana matahari serta gerhana bulan dengan menggunakan peralatan dan teknologi ukur seperti teodolit dan teleskop. Justeru, kajian ini mensasarkan dua (2) objektif yang perlu dicapai iaitu untuk mengenalpasti peranan Juruukur dalam bidang Falak dan untuk menilai kepentingan sumbangan Juruukur dalam bidang Falak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalis dapatan temubual secara edaran yang menggunakan aplikasi Google Form kepada responden yang bergelar Juruukur yang bertugas di pelbagai Jabatan dan penjawat awam yang bertugas di Jabatan Mufti. Hasil daripada artikel ini akan membolehkan pelbagai pihak Jabatan serta organisasi lain dan orang ramai mendapat informasi dan kesedaran berkaitan kepentingan dan sumbangan Juruukur dalam bidang Falak di Malaysia.
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN),
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES),
Behrang, 35950 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel: +605 454 2825 | Faks: +605 454 2837
Emel: pro@instun.gov.my