Search
peta hubungi maklumbalas faq
Version
Muat Turun 477
File Size 3.37 MB
File Count 1
Create Date 16/02/2024
Last Updated 16/02/2024
Muat Turun
or download free
[free_download_btn]

Description

Ismail Bin Ibrahim

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Ahmad Bin Omar

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Khadijah Binti Sahdan

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Abdul Fatah Bin Ibrahim 

Bahagian Ukur dan Pemetaan,

Institut Tanah dan Ukur Negara, Behrang Ulu, 35950 Perak, Malaysia

 

Kata kunci: Plot-plot tanah lot lidi, Kanun Tanah Negara (KTN), tanpa kebenaran, kategori penggunaan tanah, tanah berimilik

 

ABSTRAK

Peningkatan harga tanah di lokasi-lokasi membangun menyebabkan segelintir masyarakat mencari alternatif baru dalam pemilikan pembelian plot-plot tanah lot lidi yang murah. Di samping itu, kerana pembangunan di bandar lebih tertumpu pada pembangunan strata, dimana terdapat golongan yang memilih untuk memiliki kediaman bertanah yang lebih selesa. Tanah yang dijual sebagai plot-plot tanah lot lidi menjadi pilihan masyarakat berpendapatan sederhana dan rendah. Namun, timbulnya isu apabila terdapat pembangunan plot-plot tanah lot lidi yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan garis panduan yang telah disediakan menyebabkan pembangunan plot-plot tanah lot lidi tanpa kebenaran semakin berleluasa. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari punca dan implikasi kepada sosioekonomi dan perundangan dalam pembangunan plot-plot tanah lot lidi. Pendekatan kualitatif digunakan dengan pemilihan Daerah Muallim sebagai kajian kes. Melalui persampelan bertujuan seramai 7 responden terlibat untuk sesi temu bual secara bersemuka. Analisis kajian ini mendapati terdapat tiga (3) punca utama yang menyebabkan peningkatan pembangunan plot-plot tanah lot lidi iaitu peningkatan harga tanah, keinginan untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri dengan kos yang lebih rendah dan kekurangan ilmu tentang tanah dikalangan pemilik dan pembeli. Kesimpulannya, penemuan kajian ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesan negatif pembangunan plot-plot tanah lot lidi kepada masyarakat.

[changelog]

Categories & Tags

Similar Downloads

No related download found!
Nurul Fazrin