Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah diadakan pada 4 November 2020. Seramai 140 warga INSTUN yang telah diketuai Puan Norehan binti Omar, Pengarah INSTUN telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah yang disaksikan oleh Puan Fatimah binti Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan), SPRM Perak.