Majlis Pelancaran Program Latihan INSTUN Secara Dalam Talian telah dijalankan pada 19 Jun 2020 (Jumaat) yang dianjurkan bersama Seksyen Perhubungan Awam (PRO) dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (BPP) INSTUN bertempat di Speaker’s Corner, Perpustakaan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). Program yang julung kali diadakan ini merupakan detik permulaan INSTUN ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 dalam menyantuni keperluan melaksanakan program latihan secara dalam talian.