• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

Logo

Logo INSTUN akronim bagi Institut Tanah dan Ukur Negara, direkacipta dengan berteraskan kepada peranannya sebagai pusat latihan yang cemerlang dan misinya untuk memaju dan membangunkan sumber manusia dalam Pentadbiran Tanah, Ukur dan Pemetaan serta Teknologi Maklumat yang berkaitan agar menyumbang kepada pembangunan negara. 

Rekabentuk logo INSTUN terdiri daripada tiga bentuk asas iaitu bulatan, segi empat dan garisan orbit. Bentuk empat segi merupakan bentuk geometri yang stabil dan kukuh yang melambangkan bahawa aktiviti latihan dalam Pentadbiran Tanah, Ukur dan Pemetaan dilaksanakan secara sistematik, jitu dan bermutu tinggi serta memberi gambaran INSTUN sebagai organisasi yang stabil dan dinamik. 

Garisan-garisan melintang dan membujur melambangkan komponen organisasi INSTUN yang bermuafakat dan bergerak bersama sebagai satu entiti ke arah kecemerlangan yang disasarkan oleh INSTUN.

BIRU

bagi bentuk empat segi pula melambangkan kerohanian dan ketenteraman.

HIJAU

bagi bulatan melambangkan keprihatinan kepada alam semulajadi, sejajar dengan konsep pembangunan ala “sustainable development” dan kesedaran bahawa alam adalah warisan yang diamanahkan oleh Penciptanya kepada manusia untuk dipelihara demi generasi yang akan datang.

PUTIH

bagi perkataan INSTUN melambangkan kesucian dan keikhlasan warga INSTUN dalam menunaikan tanggungjawab.

MERAH    

bagi garisan orbit melambangkan keberanian, kepuasan dan kemakmuran serta kepekaan kepada kehendak hati pelanggan.

PERAKyang berkilau bagi bintang melambangkan puncak kecemerlangan.
Skip to content