• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

Perutusan Pengarah INSTUN 2024

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

 

Selamat datang ke portal rasmi Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). Laman web ini merupakan salah satu medium komunikasi dan informasi di antara INSTUN dan masyarakat umum sebagai saluran penyebaran maklumat utama organisasi kepada orang awam. Melangkah ke tahun 2024 ini, kita perlu menoleh ke belakang sejenak bagi menilai sejauh mana objektif, misi dan strategi INSTUN sudah tercapai. Pelbagai kejayaan yang telah dicapai di samping berhadapan dengan pelbagai cabaran. Bagi memastikan INSTUN kekal relevan, institut ini menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini sesuai dengan kehendak situasi semasa melalui pelaksanaan kursus, seminar, bengkel dan kursus dalam talian yang berimpak tinggi bagi memberi kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus pada bila-bila masa di mana sahaja di samping menumpukan kepada bidang penyelidikan, penerbitan, fasilitasi dan konsultasi.

 

Membuka lembaran 2024, laman web INSTUN tampil dengan wajah baharu serta ciri-ciri yang lebih efektif dan mesra pengguna bagi memudahkan maklumat dapat dicapai dengan pantas dan berkesan. INSTUN juga mempelbagaikan medium penyampaian maklumat dengan menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan TikTok. Diharap dengan penggunaan media sosial ini akan memudahkan lagi komunikasi dua hala antara masyarakat umum dan INSTUN malah seterusnya mendekatkan perkhidmatan kami kepada umum.

 

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) merupakan satu-satunya institusi latihan tunggal di Malaysia yang telah diberi mandat serta tanggungjawab untuk melatih kakitangan yang terlibat dalam urusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta disokong oleh infrastruktur teknologi maklumat yang terkini selaras dengan objektif untuk meningkatkan kompetensi modal insan dalam bidang Pentadbiran Tanah, Ukur dan Pemetaan serta Teknologi Maklumat melalui latihan yang sistematik dan terancang.

 

Akhir kata, saya berharap portal ini dapat memberikan maklumat dan kemudahan kepada pelanggan untuk mengakses informasi berkaitan peranan INSTUN, selain menitikberatkan aspek ketepatan maklumat dan kemudahan dalam melayari portal serta mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikkan bagi meningkatkan keberkesanan portal ini.

 

‘Selamat melayari portal Institut Tanah dan Ukur Negara’.

 

Sekian, Wassalam.

 

KHAIRIN NAZRY BIN KARIM

PENGARAH,

INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA

BEHRANG,

35950 TANJUNG MALIM,

PERAK

Skip to content