• Bahasa Melayu
  • English

SESI AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015 INSTUN OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. TAHUN 2021

AKTIVITI

:

SESI AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015 INSTUN OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. TAHUN 2021

 

TARIKH

:

5-6 APRIL 2021

 

PENGLIBATAN

:

PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB DARIPADA BAHAGIAN MASING-MASING

 

TEMPAT

:

PUSAT KECEMERLANGAN UKUR KADASTER, INSTUN

INSTUN telah menerima lawatan Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Juruaudit, Encik Muhammad Fadhlullah bin Rahmat dan Puan Elly Nadia binti Che Azfar bermula pada 5 hingga 6 April 2021. Audit merangkumi standard dan proses-proses kerja seperti termaktub di dalam satu dokumen Manual Kualiti, 10 dokumen Prosedur Kualiti Utama (PK) dan 14 dokumen Prosedur Kualiti Sokongan (PS). Skop pensijilan INSTUN yang dinilai adalah Pembentukan Kurikulum Kursus & Pengurusan Latihan dan Proses-Proses Sokongan Berkaitan.

Klik gambar untuk berita selanjutnya berkaitan aktiviti ini.

Skip to content