AKTIVITI : Kursus Sistem Permohonan Kebenaran Pindahmilik Dan Gadaian Tanah (e-Consent)
TARIKH : 3 hingga 4 April 2018
TEMPAT : Pusat Kecemerlangan Tanah, Akademik B, INSTUN
PENGLIBATAN : 13 orang peserta
RINGKASAN PROGRAM:
Kursus yang dihadiri seramai 13 orang peserta terdiri daripada pegawai di Pejabat Tanah dan Galian Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur / Labuan / Putrajaya) dan Pejabat Tanah dan Daerah Semenanjung Malaysia. Objektif kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan sistem bagi urusan permohonan kebenaran pindahmilik dan gadaian, dan memastikan pengguna e-Consent dapat memahami aliran proses kerja sistem sepenuhnya. Metodologi yang digunakan dalam kursus ini adalah syarahan, perbincangan, latihamal dan eLearning.