• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER BIL. 1/2023

Manusia dan Psikologi

Spesifikasi:

Penulis : Mohd Awang Idris

Penerbit : UM Press

ISBN: 9789831009031

Jumlah Muka Surat: 342

 

Kehidupan manusia ini penuh dengan warna warni dan sangat beragam. Sekalipun manusia ini dilahirkan dengan keunikan dan perbezaan antara satu sama lain, tetapi pada akhirnya kita berkongsi kisah psikologi yang sama. Banyak daripada tingkah laku dan pemikiran manusia ini baik secara individu atau berkumpulan adalah dicetuskan oleh reaksi psikologikal yang ada di dalam diri. Psikologi jugalah yang menjelaskan mengapa manusia adakalanya melakukan kebaikan, dan pada waktu yang lain mempunyai helah yang sukar untuk difahami. Buku ini cuba menjelaskan pelbagai fenomena psikologi kehidupan yang berlaku setiap hari dengan bahasa yang mudah difahami. Ia sesuai untuk sesiapa sahaja baik kepada orang awam yang ingin mengetahui mengapa sesuatu perkara itu berlaku, pembuat polisi yang cuba memahami gelagat ahli masyarakat atau ahli akademik yang ingin mendalami pelbagai hukum psikologi. Buku ini yang disusun dalam 8 bab utama cuba menghuraikan pelbagai fenomena psikologi termasuklah emosi, kedurjanaan, keluarga, kesihatan mental, pekerjaan, politik, keganasan dan kebudayaan sewajarnya menjadi buku yang patut dimiliki.

 

*Buku ini boleh didapati di Perpustakaan INSTUN di rak 155.2 MOH

Skip to content