• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

MAJLIS MELAFAZ DAN MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)

Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah diadakan pada 4 November 2020. Seramai 140 warga INSTUN yang telah diketuai Puan Norehan binti Omar, Pengarah INSTUN telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah yang disaksikan oleh Puan Fatimah binti Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan), SPRM Perak.  Berita selanjutnya

SEMINAR RASUAH DAN DADAH PADA 4 – 5 NOVEMBER 2020.

Seminar Rasuah dan Dadah ini dianjurkan oleh Unit Integriti bertempat di Dewan Kuliah Utama, Blok Akademik C , INSTUN. Seminar ini diadakan selama 2 hari mulai dari 4/11/2020 – 5/11/2020.  Seminar ini dihadiri oleh 49 orang pegawai-pegawai  dari semua bahagian di INSTUN.  Berita selanjutnya

PROGRAM CORPORATE SERVICE RESPONSIBILITY (CSR) INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN) DI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS), BEHRANG STESEN, PERAK

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), INSTUN telah mengadakan satu program CSR bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah pada 11 Januari 2021 (Isnin). Objektif program ini ialah untuk memberi penerangan berkaitan penyediaan konten multimedia menggunakan perisian rakaman video iaitu Open Broadcaster Studio (OBS) kepada Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Antara pegawai […]