- Version
- Muat Turun 246
- File Size 3.95 MB
- File Count 1
- Create Date 11/10/2022
- Last Updated 23/11/2022
Siti Asma’ Mohd Rosdi@Mohd Rodhi
Jabatan Pengurusan Perniagaan & Keusahawanan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak D.R
Kata Kunci: INSTUN, profil, prospek, tadbir urus institusi, pengantarabangsaan
Abstrak
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) adalah Institut Latihan Awam (ILA) di Malaysia yang menawarkan kursus dan latihan berkaitan tadbir urus tanah, ukur dan pemetaan khususnya kepada penjawat awam. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti profil dan prospek INSTUN dari perspektif tempatan dan antarabangsa. Bagi tujuan itu, artikel ini menggunakan kaedah analisis dokumen untuk mencapai objektif kajian. Dapatan analisis dokumen mendapati terdapat cabaran yang dihadapi oleh pihak INSTUN dari aspek kesediaan kakitangan INSTUN dalam merencana kegiatan peringkat antarabangsa. Natijahnya, tadbir urus INSTUN yang mampan telah membuka suatu perspektif lanjutan tentang pengalaman kakitangan INSTUN terhadap amalan dan cabaran yang dihadapi bagi merealisasikan visi dan misi INSTUN untuk menjadi institut latihan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan yang bertaraf dunia. Sumbangan kajian ini dapat memberi input baharu kepada kakitangan INSTUN dan masyarakat setempat untuk mengalihkan tumpuan peranan INSTUN yang selama ini dikatakan berfokus kepada perkhidmatan kursus semata-mata kepada pemahaman berbentuk lebih subjektif terutamanya dalam konteks kecekapan tadbir urus sumber manusia ke arah perkhidmatan bertaraf antarabangsa. Bagi memartabatkan imej INSTUN di persada antarabangsa, pihak INSTUN menitikberatkan pelaksanaan strategik khususnya pada tiga teras utama iaitu Teras Pengurusan Latihan yang Terancang dan Sistematik; Teras Tenaga Pengajar yang Kompeten dan Teras Khidmat Pengurusan yang Berdaya Saing. Sumbangan artikel ini juga turut dibincangkan.
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN),
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES),
Behrang, 35950 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel: +605 454 2825 | Faks: +605 454 2837
Emel: pro@instun.gov.my