- Version
- Muat Turun 140
- File Size 9.77 MB
- File Count 1
- Create Date 20/03/2023
- Last Updated 19/07/2023
Nasir Nayan
Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
Mohmadisa Hashim
Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
Yazid Saleh
Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
Hanifah Mahat
Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
Koh Liew See
Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
Kata Kunci: bekalan air bersih, telaga, bencana banjir, Jajahan Kuala Krai
ABSTRAK
Telaga yang berada di luar kawasan banjir adalah salah satu daripada sumber yang boleh digunakan dalam memberi bekalan kepada mangsa banjir, ini kerana bekalan air bersih adalah masalah utama dalam kalangan mangsa banjir ketika bencana banjir melanda. Artikel ini bertujuan untuk menentukan telaga yang boleh dimanfaatkan ketika banjir di Jajahan Kuala Krai, Kelantan. Kaedah lapangan dan sistem maklumat geografi (GIS) telah digunakan dalam proses pemilihan pusat pemindahan mangsa banjir dan tapak telaga. Data yang digunakan adalah data ruangan yang diperolehi secara primer iaitu data telaga, data pusat pemindahan sementara (PPS) dan data kawasan banjir. Data telaga dan PPS diperolehi secara sekunder daripada pelbagai agensi dan dikumpulkan ke dalam GIS sebagai atribut. Data kawasan banjir diperolehi secara sekunder dan didigit semula menggunakan perisian ArcGIS 10.1. Pemprosesan data dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pemilihan PPS berdasarkan dua kriteria iaitu keterjejasan PPS terhadap banjir dan jumlah kapasiti mangsa tertinggi. Seterusnya adalah pemilihan lokasi telaga berdasarkan tiga kriteria iaitu i) tidak terkesan banjir, ii) jarak paling dekat dengan pusat pemindahan mangsa banjir terpilih dan iii) berada di lokasi yang berbeza. Analisis GIS digunakan adalah analisis lokasi, analisis tindanan dan analisis jarak terdekat. Dapatan menunjukkan empat (4) buah PPS banjir terpilih dan mencapai kriteria yang ditetapkan iaitu SMK Sultan Yahya Petra 2, SMK Manek Urai Lama, SMK Laloh dan SK Kuala Gris. Manakala enam (6) buah telaga terpilih sebagai sumber air yang boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir di 4 pusat pemindahan mangsa banjir terpilih dalam membantu untuk membekalkan bekalan air bersih iaitu Kg. Keroh 16 (T1), Kg. Batu Mengkebang 10 (T2), Lepan Meranti (T3), Kg. Budi (T4), Kg. Jelawang Tengah 2 (T5) dan Kg. Durian Hijau1 (T6). Dengan adanya lokasi sumber air telaga yang boleh dimanfaatkan semasa banjir, bekalan air bersih dapat diagihkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan. Secara tidak langsung, kajian seperti ini dapat mengurangkan kesan banjir pada masa hadapan terutama dalam aspek bekalan air bersih walaupun dilanda banjir besar.
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN),
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES),
Behrang, 35950 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel: +605 454 2825 | Faks: +605 454 2837
Emel: pro@instun.gov.my