• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

KURSUS DALAM TALIAN: DIGITAL FORENSICS AND CYBER INCIDENT RESPONSE SOLUTIONS (TME04/21)

Tarikh : 22 hingga 24 Jun 2021 (Selasa hingga Khamis)

Lokasi :  Dalam Talian (Online)

Penglibatan : 84 orang peserta

Ringkasan Program :

Kursus Dalam Talian: Digital Forensics and Cyber Incident Response Solutions (TME04/21) merupakan salah satu kursus anjuran BTM yang terdapat dalam perancangan takwim latihan INSTUN bagi tahun 2021 di bawah kategori Keselamatan ICT. Kursus ini yang pada asalnya dirancang untuk dilaksanakan secara bersemuka di INSTUN terpaksa ditukar kaedah pelaksanaannya kepada kaedah dalam talian (online) berikutan situasi semasa pandemik Covid-19.

Walaubagaimanapun, kursus ini masih mendapat sambutan yang sangat baik dengan penglibatan seramai 84 orang peserta berdaftar dari pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Swasta yang telah memberikan sepenuh komitmen dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi dari awal kursus berlangsung sehingga tamat selama 3 hari. Kursus ini juga menjadi kursus teknikal ICT yang pertama dilaksanakan sepenuhnya secara langsung (live) menerusi aplikasi Zoom yang melibatkan penyampaian teori secara ceramah dan latih amal (hands-on lab) yang turut disertai oleh semua peserta dengan bimbingan Penceramah secara dalam talian.

Tahniah dan syabas serta ribuan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Ts. Mohd Sufian bin Ahmad dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), barisan Urus Setia dari Bahagian Teknologi Maklumat, INSTUN serta semua peserta kursus yang telah menjayakan kursus ini. Semoga keberjayaan pelaksanaan kursus ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan kursus-kursus teknikal ICT yang lain selepas ini seiring dengan norma baharu bekerja ketika pandemik.

 

Gambar :

 

Penceramah: