• Bahasa Melayu
  • English

peta hubungi maklumbalas faq
Search

PROGRAM BACAAN SURAH AL-KAHFI

Pada 18 Jun, Seksyen Hal Ehwal Islam (SHEI) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah menganjurkan Program bacaan Surah Al-Kahfi yang melibatkan seluruh warga INSTUN beragama Islam. Program yang dijalankan secara atas talian ini bermula kira-kira pada jam 9.00 pagi.

Program dimulakan dengan tazkirah ringkas dan Tadabbur Surah Al-Kahfi yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Lutfi bin Jamel kemudian diikuti dengan bacaan surah Al-Kahfi secara berjemaah. Kehadiran yang amat menggalakkan ini turut disertai oleh YBrs. Puan Norehan binti Omar selaku Pengarah INSTUN bersama 40 warga INSTUN yang mengikuti program tersebut melalui Google Meet. Program berakhir pada jam 9.50 dengan bacaan doa penutup.

Skip to content